Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Melindungi waktu PnP

Melindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012. JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isu ketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD ialah untuk memastikan kualiti PdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini ialah untuk mengenalpasti / memperolehi bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitu tidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga Oktober 2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan. Setiap sekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan semakan jadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di seluruh negara. Adalah didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolah sementara seramai 634 guru tidak masuk kelas untuk PdP dalam tempoh lapan bulan tahu

GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

Pelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi variabel yang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa pembelajaran akademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa perkara: 1.          Pengumuman dari pembesar suara. 2.          Aktiviti sukan sekolah/sukantara. 3.          Aktiviti kokurikulum atau koakademik. 4.          Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid kerap kali masuk dalam kelas. 5.          Guru atau murid dipanggil ke pejabat. 6.          Susun atur kelas dan dalam kelas. 7.          Sikap guru. 8.          Kepentingan aktiviti bercanggah 9.          Prasarana dan kemudahan sekolah 10.        Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan) 11.        Guru  menduduki  peperiksaan  bagi  yang  menjalani  pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh. 12.        Tugas-tugas  tambahan  yang  bukan  untuk  pengajaran  (guru biasiswa, guru data dan lain-lain). 13.        Kehendak   luar 

Hallinger & Murphy, 1986

”Protecting instuctional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address announcements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time.”

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar? Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama? Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspek keberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah. Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaran juga menurun.

Pengurusan Sekolah Berjaya

Terdapat pengurus sekolah yang telah berjaya MMI dengan berkesan dan memberikan impak yang besar kepada institusi berkenaan. Kejayaan Pengetua dan Guru Besar ini dikongsikan dalam Bab 4. Impak daripada kejayaan-kejayaan ini turut mewujudkan iklim yang kondusif dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Manakala Pengarah JPN dan Ketua Sektor JPN berkongsi pengalaman tentang amalan pengurusan sekolah yang terbaik. Mereka menjelaskan tentang kepentingan perancangan yang sistematik bagi menguruskan PdP di sekolah. Antara aspek yang diberi fokus ialah polisi pengurusan sekolah, guru ganti (relief), program khas, dan amalan MMI.

Objektif pelaksanaan program MMI

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep melindungi masa instruksional, b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, c) semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI (protecting instructional time) di semua sekolah di bawah pentadbiran mereka, d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dan e) memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Pendahuluan MMI

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan ekonomi negara.  Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan kesungguhan kerajaan memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat di negara ini. Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan tanggungjawab mereka bagi memajukan pendidikan di negara ini telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif bagi memastikan