Melindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012. JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isu ketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD ialah untuk memastikan kualiti PdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini ialah untuk mengenalpasti / memperolehi bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitu tidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga Oktober 2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan. Setiap sekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan semakan jadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di seluruh negara. Adalah didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolah sementara seramai 634 guru tidak masuk kelas untuk PdP dalam tempoh lapan bulan tahun 2012 iaitu pada hari pemeriksaan dijalankan.
Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar? Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama? Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspek keberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah. Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaran juga menurun.
Comments
Post a Comment