Skip to main content

Pendahuluan MMI

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan ekonomi negara. 

Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan kesungguhan kerajaan memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat di negara ini. Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan tanggungjawab mereka bagi memajukan pendidikan di negara ini telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif bagi memastikan kemenjadian murid selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 
Sejak belakangan ini, isu kemenjadian murid telah menjadi perhatian dan perbahasan dalam kalangan ibu bapa, pemimpin, dan para pendidik. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan melibatkan pemantapan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semua peringkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan sebagai usaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran dan pembelajran (PdP) di sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar? Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama? Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspek keberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah. Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaran juga menurun.

Objektif pelaksanaan program MMI

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep melindungi masa instruksional, b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, c) semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI (protecting instructional time) di semua sekolah di bawah pentadbiran mereka, d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dan e) memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.