Skip to main content

Pengurusan Sekolah Berjaya

Terdapat pengurus sekolah yang telah berjaya MMI dengan berkesan dan memberikan impak yang besar kepada institusi berkenaan. Kejayaan Pengetua dan Guru Besar ini dikongsikan dalam Bab 4. Impak daripada kejayaan-kejayaan ini turut mewujudkan iklim yang kondusif dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Manakala Pengarah JPN dan Ketua Sektor JPN berkongsi pengalaman tentang amalan pengurusan sekolah yang terbaik. Mereka menjelaskan tentang kepentingan perancangan yang sistematik bagi menguruskan PdP di sekolah. Antara aspek yang diberi fokus ialah polisi pengurusan sekolah, guru ganti (relief), program khas, dan amalan MMI.

Comments

Popular posts from this blog

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar? Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama? Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspek keberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah. Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaran juga menurun.

Objektif pelaksanaan program MMI

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep melindungi masa instruksional, b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, c) semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI (protecting instructional time) di semua sekolah di bawah pentadbiran mereka, d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dan e) memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.